5/22/08

Peringatan!

Peringatan kepada pelawat-pelawat website 'Proreka Team'. Anda dilarang sama sekali menghantar kata-kata lucah,kesat dan mengaibkan sesorang atau boleh menyebabkan pergaduhan dan sebagainya di dalam ruangan komen.

Anda juga digalakkan menghantarkan pandangan dan idea yang membina di dalam website 'Proreka Team'. Jadikan rungan komen ini sebaik yang mungkin.

Pemilik website berhak 'black list' atau 'ban IP' untuk menyekat jika terdapat pelawat yang melanggar peringatan tersebut.

tq,

'Hidup Biar Berjasa'

Perlawanan Futsal antara Department

Keputusan perlawanan akhir dengan kesudahan 6 gol berbalas 1. Perlawanan akhir tersebut diantara R&D Dept dengan Proreka Tec,Sungai Buloh. Kemenangan bergaya itu tidak disangka kerana pihak lawan mempunyai kekuatan tersendiri.

"TANIAH DI UCAPKAN KEPADA R&D DEPT KERANA TELAH MEMENANGI PERLAWANAN FUTSAL"


Dibawah adalah detik-detik kegembiraan selepas perlawanan:-


Pada 11/05/08 Proreka akan menganjurkan perlawanan Futsal antara Department. Dijangkakan perlawanan antara R&D, QA dan Production adalah paling sengit dan panas. Dibawah adalah strategi QA Department dengan meletakkan pemain handalan dan ternama seperti Khalid Jamlus dan seorang pemain Jepun iaitu Nipon.

Production Team
QA TEAM



R&D Team: Ketua Pasukan-Azzizi


'The Staff' itu lah nama kumpulan R&D yang akan menentang pasukan dari Warehouse,QA,Production dan Proreka Tec. Pasukan ini juga bukan hanya terlibat dalam sukan, namun mereka terlibat dalam persembahan 'Band' di Planet Hollywood dan Hard Rock Cafe-Rock Kapak.

"The Staff"


5/5/08

Perlawanan Bowling dengan TF Main Plant, Proton

Satu lagi aktiviti yang dijalankan pada 04/05/08 iaitu perlawanan bowling antara Proreka dengan Proton. Perlawanan berlangsung di IOI, Puchong bermula pada pukul 8.30pm hingga 11.30pm. Di bawah adalah gambar aksi-aksi pemain sebelum dan semasa perlawnan.




5/4/08

Perlawanan Futsal dengan PQM,Proton

Untuk meningkat hubungan persahabatan antara 'customer and vendor' ,satu perlawanan futsal telah diadakan pada 19/04/08 bertempat di UMW, sec. 15 Shah Alam. Kesudahan perlawanan berpihak kepada Proreka dengan kemenangan bergaya 30 berbalas 20. Kemenangan tersebut hasil dari latihan 2 kali sebulan dan ramai pemain-pemain menunjukkan kehebatan masing-masing.

Di bawah ini adalah gambar-gambar semasa perlawanan berlangsung:-


5/2/08

Percutian di Tasik Bera, Pahang

Percutian yang penuh suka duka dilalui selama 2 hari 1 malam pada 05/04/08-6/04/08. Ada yang digelar abang Damak, abang Put dan sebagainya.


Dibawah adalah gambar-gambar kenangan semasa di Tasik Bera, Pahang :-



Sewaktu bertolak dari Proreka pada jam 12.30mlm



Mendengar penerangan daripada ketua masak iaitu Saparwi

Din cuba melompat ke tasik untuk menyelamatkan pancingnya yang disambar oleh ikan Duyung

BD sungguh kagum melihat Sham memadamkan api

Wak menerangkan cara memasak dengan betul

Keenakan ayam panggang sehingga menjilat kaki

Sesi penerangan oleh En. Azzizi mengenai keselamatan semasa di Tasik Bera dan BD sedang menjampi serapah mentera yang dibelajar dari British-Kelantan

Anak beranak yang ceria

Abang Damak menceritakan pengalaman semasa beliau masuk hutan selama 50 hari tanpa makanan kepada rakan-rakan

Blog Widget by LinkWithin

Pro-Success Team Headline Animator


Mail:

Comment: